2008-03-25

PAS: Kain rentang pro-Idris 'menghina'

kemaskini 6:15pm


Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang yang dipamer berdekatan kediaman Datuk Seri Idris Jusoh kerana dianggap menghina.



pas youth pc 250308 natang bannerKain rentang itu berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami mahukan Idris, binatang" dalam loghat Terengganu.



Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata tulisan di kain rentang ini bersifat hasutan dan tindakan segera perlu diambil untuk mengelak kejadian tidak diingini.



Setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof berkata perkataan "natang" itu bagaimanapun tidak jelas sama ada merujuk istana Terengganu atau Datuk Ahmad Said yang baru dilantik jawatan menteri besar kelmarin.



Salahuddin berkata sayap PAS itu akan membuat aduan polis petang ini berhubung isu itu.



Parti itu juga mendakwa kain rentang yang sama diletakkan di beberapa tempat strategik di daerah itu.



Krisis pelantikan menteri besar Terengganu bermula selepas majlis angkat sumpah Idris di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.



Calon-calon pengganti Idris bagaimanapun tidak diumumkan sehingga 14 hari kemudian apabila pejabat Sultan Terengganu menamakan Ahmad untuk jawatan itu Sabtu lalu.



Majlis angkat sumpahnya, yang dijadual kelmarin, ditangguhkan - dipercayai akibat pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.




Kumpulan wakil rakyat BN itu menegaskan Idris satu-satunya calon yang layak untuk jawatan tersebut kerana mendapat sokongan majoriti dan surat sokongan daripada Perdana Menteri.



Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.


http://www.malaysiakini.com/news/80341

No comments: