2008-03-21

Azalina: Kenapa soal pelantikan saya

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman berkata pelantikannya sebagai seorang menteri kabinet tidak perlu dipersoalkan walaupun beliau tidak memegang jawatan tinggi dalam pergerakan Wanita Umno.



azalina othman 03Bekas ketua Puteri Umno itu berkata, semua ahli pergerakan itu secara automatik didaftar sebagai ahli pergerakan Wanita sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.



Katanya, perkara itu termaktub dalam perlembagaan Puteri Umno sejak pergerakan itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Ditanya mengenai kedudukan beliau tanpa jawatan dalam Wanita walaupun beliau seorang menteri kabinet, Azalina berkata perkara itu tidak relevan untuk diperkatakan sekarang.



"Saya ialah naib ketua Umno bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tetapi ahli Umno dilantik sebagai menteri kabinet.



"Mengikut perlembagaan (Puteri) juga, ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.



Bernama memetik Azalina sebagai berkata soal jawatan tidak seharusnya menjadi topik utama kerana agenda utama pada ketika ini harus ditumpukan kepada usaha memperkasakan parti selepas dilanda pelbagai konflik.



"Bagi saya isu berkenaan pertandingan, kepimpinan tidak penting.



"Yang penting bagi saya ialah untuk kita meletakkan kekuatan kepada presiden parti, dan memberi Umno kekuatan semula supaya rakyat jangan salah faham berkenaan pendekatan yang dibuat oleh BN menerusi Umno.



"Bagi saya generasi muda banyak tidak menyokong BN dalam pilihanraya kerana telah salah tafsir terhadap banyak dasar yang kita lakukan," katanya.


http://www.malaysiakini.com/news/80203


Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.

No comments: