Posted by labisman | |
Friday, 14 March 2008 | |
Peringatan ini ditujukan kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP (atau lebih dimesra digelar Barisan Rakyat) disegenap peringkat. Anda telah mendapat undi kepercayaan dari segenap lapisan masyarakat Bangsa Malaysia (tanpa mengira kaum) dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini samaada dengan undi yang bertambah mahupun dengan kadar undi yang sama seperti pilihanraya yang sebelumnya. Oleh itu sebenarnya kemenangan yang anda perolehi adalah hasil usaha undi dari semua Bangsa Malaysia dan tidak sewajarnya anda melakukan perkara-perkara seperti yang disebutkan dibawah ini. 1. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana anda memang popular. 2. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana penyokong anda sahaja yang mengundi anda. 3. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana janji-janji kosong yang anda taburkan semasa berkempen. 4. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana prinsip yang anda dokongi. 5. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana kaum anda menyokong penuh perjuangan anda. 6. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan anda mengubah sesuka hati segala undang-undang negeri @ negara dan membelakangi Paduka Sultan dan Raja-Raja Melayu. 7. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan semua tindakan anda mendapat sokongan Bangsa Malaysia tanpa “check and balance”. Namun anda sewajarnya mengambilkira semua pandangan rakyat (Bangsa Malaysia) yang telah meletakkan anda ditempat anda sekarang ini. Oleh itu anda amat wajar berhati-hati mengeluarkan pandangan anda (walaupun parti anda memerlukan anda berbuat demikian) kerana jika tidak pastinya anda dan parti anda akan tersungkur pada PRU13 akan datang. http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4356/84/ |
2008-03-15
Jangan Besar Kepala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment