MCA hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memastikan semua projek yang akan dilaksanakan, diberikan melalui proses tender terbuka, telus dan tidak diberikan kepada mereka yang berpengaruh dan berkuasa sahaja.
"Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk memerangi amalan rasuah dan semua bentuk korupsi," kata ketua biro pendidikan parti itu, Senator Datuk Lee Sing Chooi dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, masanya sudah tiba untuk pentadbiran kerajaan yang baru dilantik untuk benar-benar memerangi rasuah dan berkhidmat dengan penuh integriti dan digniti, dengan dimulakan oleh perdana menteri sendiri.
Menurutnya, jelas sekali, amalan sebelum ini dengan memberi projek kepada mereka yang berkuasa di semua peringkat untuk kepentingan peribadi, telah ditolak oleh pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
"Wang dan sumber-sumber untuk rakyat biasa telah disalurkan ke tempat lain dan banyak keputusan yang dibuat berunsur berat sebelah untuk kepentingan peribadi.
"Penyelewengan yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara dan perbezaan dalam pembayaran yang dibuat bagi nilai tender projek, dengan nilai sebenar pasaran projek, adalah antara contoh perlunya tindakan tegas diambil untuk pembetulkannya," tambah beliau.
Lee juga menggesa perdana menteri untuk mengambil satu langkah yang beani untuk melantik para profesional dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganggotai badan-badan tender untuk menyemak dan juga untuk membantu beliau secara berkesan mencapai integriti dan digniti.
http://www.malaysiakini.com/news/80191

Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.
No comments:
Post a Comment