Herman Samsudeen | Dec 4, 07 1:44pm
Perhimpunan Hindraf pada 25 November baru-baru ini adalah sebuah perhimpunan rakyat yang aman dan mereka wajar diberikan ruang dan peluang untuk bersuara. Kehadiran hampir 20,000 kaum India dari seluruh negara di hadapan KLCC, merupakan satu bukti wujudnya ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kaum ini.
Kerajaan seharusnya bersikap lebih toleran dan memberi kebenaran untuk mereka berhimpun secara aman. Tindakan polis mengadakan sekatan di jalan masuk ke Kuala Lumpur, telah benar-benar menyusahkan rakyat.
Perhimpunan Hindraf ini dijadualkan diadakan di hadapan Suruhanjaya Tinggi British di jalan Ampang, tetapi kenapa perlu jalan-jalan utama seperti Jalan Kuching, Sungai Besi, MRR2 disekat. Mengikut perlembagaan, rakyat bebas bergerak ke mana sahaja secara aman dan tindakan pihak polis ini menakutkan rakyat, seolah-olah negara berada dalam keadaan darurat.
Hindraf dan pertubuhan lain yang mewakili kaum atau kumpulan-kumpulan tertentu, berhak melahirkan pandangan, bantahan dan berhimpun di mana sahaja, berdasarkan peruntukan perlembagaan negara yang dikongsi bersama.
Rata-rata pimpinan tertinggi dan ahli PAS menolak tindakan yang agresif bagi menanggani isu-isu yang melibatkan kepentingan semua pihak. PAS selalu mengambil pendekatan yang demokratik, termasuklah berdemonstrasi secara aman dengan menyediakan pasukan keselamatan sendiri bagi mengawal ahli dan penyokong.
Tindakan agreasif yang selalunya dicetuskan oleh pihak polis, seperti yang berlaku dalam perhimpunanHindraf ini membuktikan bahawa rakyat yang tertekan atau diprovokasi mampu bertindak balas secara agresif. Perkara sebegini dapat dielak jika kerajaan memberi kerjasama dan permit sebagaimana yang berlaku di Britain dan kebanyakan negara maju.
Di negara-negara maju, demonstrasi aman adalah sebahagian daripada unsur-unsur demokrasi dan kumpulan-kumpulan rakyat dibenarkan mengadakan perhimpunan di jalan raya. Pihak polis selalunya memberi permit kepada mereka tanpa mengira mereka itu dari kumpulan pembangkang, kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO). Polis akan membantu mereka mengawasi mana-mana individu atau perkumpulan yang cuba mencetuskan huru-hara.
Itulah caranya mereka mengamalkan demokrasi dan itulah yang harus diamalkan oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan maksud demokrasi itu tegak bersama suara rakyat.
'Dosa-dosa' British'
Himpunan ini sebenarnya khusus bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan British melalui wakil suruhanjaya tingginya di Jalan Ampang. Memorandum ini mengandungi isu-isu yang mengkehendaki kerajaan British bertanggungjawab sepenuhnya di atas nasib 'malang' yang menimpa kaum India yang dipaksa datang dan berkerja di negara ini pada era kolonial.
Selepas merdeka, Inggeris meninggalkan mereka tanpa sebarang jaminan untuk meneruskan survival di bumi 'asing' ini. Mereka beranak-pinak dan terpaksa melalui diskriminasi selama lebih 50 tahun ekoran dari warisan dasar pecah dan perintah yang masih berbaki di Tanah Melayu pada ketika itu.
Kerajaan BN memandang kaum India, khususnya yang bekerja sebagai buruh di ladang-ladang sebagai satu kaum minoriti dan pembangunan untuk mereka masih lagi di tahap yang rendah pada masa ini. Sekolah-sekolah vernakular mereka dibiarkan membangun dengan sendiri dan hanya beberapa warga India yang prihatin, sering membantu mereka untuk keluar dari bebanan kemiskinan.
Akhirnya selepas 50 tahun merdeka, mereka memulai langkah perjuangan mereka dengan menyaman kerajaan Britain dengan nilai saman antara yang paling tinggi di dunia iaitu RM14 trillion!
Itulah nilai yang dituntut oleh mereka di atas apa yang mereka terpaksa lalui. Hakikatnya, memorandum hari ini hanyalah sebagai satu peringatan kepada kerajaan British tentang 'dosa-dosa' mereka kepada kaum India yang ditinggalkan dinegara ini.
Kita memahami matlamat Hindraf yang hadir ke Suruhanjaya Tinggi British. Cuma kita berasa amat hairan dengan sikap dan reaksi yang ditunjukkan oleh kerajaan BN. Ugutan dan tangkapan yang berlaku sebelum dan semasa perhimpunan itu benar-benar di luar kawalan dan bukan budaya kita untuk memperlakukan rakyat yang tidak berdosa sedemikian rupa.
Namun, delegasi Hindraf ke Suruhanjaya Tinggi British ini disambut dengan pancutan air dan gas pemedih mata sejak jam 6.30 pagi lagi.
Semasa perhimpunan tersebut, mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel juga sedang berlangsung di Kampala, Uganda dari 23 hingga 25 November. Dan pada hari pertama Mesyuarat tersebut, ahli-ahli mesyuarat telah berpakat untuk mengantung keahlian Pakistan kerana melanggar hak demokrasi rakyatnya. Penggantungan tersebut diumumkan sebaik sahaja Ratu Elizabeth merasmikan mesyuarat Komanwel.
Perhimpunan Bersih
Tiga belas hari sebelum itu, Kerajaan Malaysia juga telah melanggar hak-hak demokrasi rakyat yang berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bersama pimpinan Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) dan itu merupakan alasan yang kukuh untuk perwakilan negara Komanwel menggantung keanggotaan Malaysia.
Laporan Al-Jazeerah semasa peristiwa 10 November itu, masih mengamit 'umpatan' dan perhatian wakil negara-negara komanwel yang lainnya. Sememangnya, ada di kalangan mereka ini telah lama memerhatikan Malaysia yang selalu berbangga dengan pelbagai pencapaian yang bombastik! termasuklah isu penghantaran 'pelancong' ke angkasa lepas baru-baru ini.
Malah, lebih bombastik lagi bilamana Al-Jazeera mengemukakan isu 'dua demontrasi besar rakyat Malaysia dalam masa kurang dari tiga minggu!' inilah pencapaian terkini negara ini yang harus dinilai oleh perwakilan Komanwel.
Melihat kepada tekanan itu, kekhuatiran pengantungan keanggotaan dari Komanwel semakin bersarang di kepala Pak Lah, dan perhimpunan anjuran Hindraf ini menjadi ruang terbaik untuk Pak Lah membuktikan kesetiaan kerajaan BN kepada kerajaan British yang menaungi Komanwel. Begitulah besarnya kuasa Komanwel yang masih 'dijajah' oleh British. Akhirnya, kaum India pada hari ini sekali lagi menjadi mangsa kepada kezaliman kerajaan British dan pewaris takhta mereka, iaitu kerajaan BN.
Ekoran dari tekanan dan juga sekatan yang diberikan oleh Kerajaan BN, memorandum yang asalnya ingin diserahkan secara aman kepada Suruhanjaya Tinggi British terpaksa difakskan. Begitulah dakwaan laporan media utama yang pro-BN.
Namun agak menghairankan kerana isi memorandum itu didakwa mengandungi aduan tentang Jenayah dan ketidakadilan kerajaan BN kepada kaum India di negara ini. Isi memorandum itu jauh sekali dengan tuntutan yang dikemukakan melalui saman mereka sebelum ini.
Rakyat Malaysia memang berasa kurang senang dengan apa yang dituntut oleh Hindraf, namun itulah yang tersiar dalam media BN.
Tuntutan mereka seharusnya dilihat sebagai suatu aduan terhadap ketidakadilan BN. Dan isu ini tidak akan timbul jika kerajaan BN melayan dan melindungi mereka dengan adil.
Beri peluang berdialog
Media BN pula mempergunakan isu tersebut untuk melancarkan 'perang perkauman' dengan penyokong Hindraf yang akhirnya turut dikaitkan dengan pembangkang, walhal kebanyakan penyokong Hindraf adalah ahli kepada MIC-BN yang tidak puas hati dengan kerajaan BN.
Sepatutnya kerajaan BN dan media mereka bersikap profesional dan tidak mempromosikan isu perkauman yang dibangkitkan oleh Hindraf hingga menyebabkan rasa takut dan benci rakyat terhadap kaum India, termasuklah mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu. Rata-rata orang Melayu dan Cina negara ini mulai memandang serong terhadap orang India lantaran propaganda melampau media BN.
Seharusnya pemimpin BN memanggil wakil Hindraf dan memberi peluang untuk mereka berdialog secara terbuka dan tidak 'menyerang' mereka dalam media. BN kena ingat, 'serangan' mereka itu sebenarnya akan dilihat sebagai 'serangan' terhadap kaum India secara keseluruhannya. Ucapan pemimpin BN juga umpama ugutan kepada kaum India dan kaum lain agar tidak melawan BN.
MIC, sebuah parti perkauman untuk kaum India yang menganggotai BN pula sanggup mengkhianati kaum India demi untuk mempertahankan kerusi-kerusi kepimpinan mereka dalam BN. Mereka juga telah menuduh Hindraf sebagai ejen pembangkang dan ini adalah satu tuduhan yang serius yang pernah diungkapkan oleh Samy Vellu kepada kaumnya sendiri yang selama ini taat untuk menyokong beliau.
MIC sepatutnya memimpin mereka dan tidak menikam dari belakang dengan memprovokasikan perhimpunan ini sebagai himpunan haram yang ganas. Samy, seharusnya mengambil pendekatan politik yang lebih bijak dan bertemu dengan pemimpin Hindraf dan bukannya main baling-baling batu dari jauh sambil bersembunyi di belakang Pak Lah.
Hakikat sebenar, MIC dan BNlah yang membakar api perkauman di dalam benak rakyat. Perpecahan kaum melalui BN jelas berlaku dengan wujudnya Umno, MCA dan MIC secara berlainan mengikut ras. Mereka juga hanya menjaga rakan-rakan yang menyokong mereka dan membiarkan rakyat biasa hidup dalam kesusahan.
Pemimpin MIC dan MCA selalu membakar isu hak keistimewaan orang Melayu hingga menyebabkan rakyat marhaien yang tidak tahu apa-apa bercakaran. Akhirnya pembangkang juga yang dituduh sebagai ejen provokator dan ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), seperti zaman-zaman 13 Mei dan Ops Lalang.
Apa yang dilakukan oleh Hindraf ini adalah kerana sikap pemimpin BN sendiri yang telah lama menyemarakkan sikap perkauman dan melayan rakyat dalam cara yang tidak adil. Kerajaan BN gagal menerangkan kepada mereka yang bukan Melayu tentang hak orang Melayu sebagai pewaris tanah yang merdeka ini. BN juga gagal memberikan keadilan kepada kaum bukan Melayu dan meninggalkan mereka jauh terkebelakang dalam aspek pembangunan.
Hak istimewa Melayu
Hakikatnya, hak keistimewaan orang Melayu hanya memberikan hak asas kepada orang Melayu dalam memastikan tanah nenek moyang mereka dapat sama diwarisi dan dinikmati. Kehadiran kaum lain di negara ini dengan niat membantu meningkatkan ekonomi negara, disambut dengan baik dan rakyat dapat hidup muafakat sekiranya ini semua tidak menjadi pertikaian.
Untuk hidup sama seperti orang Melayu, iaitu memiliki rumah atau hartanah lain, sebenarnya tiada masalah. Kaum lain cuma perlu 'mendermakan' sedikit duit mereka sebagai royalti dan bukti kerjasama serta mengenangkan pengorbanan orang Melayu yang bersedia untuk berkongsi tanah warisan nenek moyang mereka. Tanah di negara ini begitu luas dan tidak semua tanah itu diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.
Hak orang Melayu wajar dihormati dan tidak perlulah lagi dipertikaikan. Kaum lain berhak menuntut layanan yang adil tanpa perlu menyentuh soal kak istimewa orang Melayu.
Dalam soal pendidikan, pembinaan tempat ibadat, aktiviti ekonomi dan sebagainya, ia haruslah diagihkan dengan adil iaitu dengan meletakan sesuatu pada tempat dan keperluannya untuk kebaikan semua. Itulah yang gagal dilakukan oleh kerajaan BN hingga kaum lain menjadi marah.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan BN jauh menyimpang dari apa yang seharusnya berlaku. Walaupun pemimpin Umno selalu mengatakan orang Melayu berhak mempunyai hak ieistimewaan, tetapi itu tidak berlaku. Hanya segelintir orang Melayu sahaja yang menikmati hak istimewa tersebut, iaitu pemimpin Umno.
Mereka diberikan tanah yang banyak yang kemudiannya dijual kepada pelabur bukan Melayu. Ramai orang Melayu terpaksa hidup atas tanah yang diklasifikasikan sebagai setinggan dan kemudiannya dihalau begitu sahaja, walaupun mereka telah mendiami tanah tersebut sejak zaman awal kemerdekaan lagi. Mereka tidak diberikan geran tanah walaupun telah lama mengusahakan dan mendiami tanah tersebut.
Akhirnya, terbongkarlah kisah-kisah projek Umno-Putra yang memberikan banyak keuntungan atas tiket 'hak istimewa orang Melayu' kepada pemimpin BN di peringkat cawangan, bahagian dan negeri. Ketua-ketua Bahagian atau kroni Umno diberikan tanah yang banyak tanpa perlu membayar sesen pun.
Kejadian di Berembang membuktikan bahawa Umno-BN menzalimi orang Melayu bila tanah yang mereka duduki sejak bertahun-tahun telah diberikan kepada kroni Umno yang langsung tiada kaitan dengan penduduk Berembang. Penduduk Berembang dihalau tanpa sebarang ehsan dari kerajaan walaupun negeri mereka dinamakan sebagai 'Selangor Darul Ehsan'.
Semua pihak bermuafakat
Di dalam pemerintahan kerajaan BA yang diterajui oleh PAS di Kelantan, Islam yang menjadi panduan pemerintahan telah mengariskan suatu peruntukan khas yang mewajibkan setiap dasar kerajaan negeri mengutamakan soal layanan yang adil dan kebajikan untuk semua rakyat.
Kaum-kaum bukan Melayu juga berhak untuk memiliki hartanah dan juga berniaga secara adil. Panduan cukai dan juga bentuk-bentuk bantuan kepada rakyat, termasuklah bagi kebebasan mewujudkan rumah ibadat digazetkan bagi memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa. Layanan sama adil untuk semua pihak bermuafakat dan memajukan Kelantan sentiasa diutamakan oleh kerajaan BA.
Selain itu, pendidikan untuk rakyat menjadi keutamaan dan kaum Melayu, India dan Cina bebas menubuhkan sekolah yang menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar. Malah, bantuan pendidikan turut diberikan oleh kerajaan negeri, khususnya bagi memastikan rakyat dapat terdidik untuk menjadi Insan yang cemerlang tanpa mengira latar budaya dan agama.
Dalam masa yang sama, erti kecintaan dan satu hati antara semua kaum dipupuk melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan. BA tidak melihat kewujudan sekolah vernakular sebagai satu pemecahan pendidikan mengikut kaum kerana kita telah bersedia membawa rakyat ke arah suatu kelompok yang sama dialam universiti dan sosialisasi kemasyarakatan yang lebih terbuka.
Kita tidak mahu me'Melayu'kan kaum India atau Cina. Biarlah mereka dengan budaya dan cara hidup mereka. Yang baik kita kongsikan dan yang tidak baik kita bersama hapuskan. Hormat menghormati, itulah dia prinsip muafakat yang sentiasa diterapkan.
Oleh itu, kita menyeru kepada masyarakat India, Cina dan kaum-kaum lain di negara ini untuk bersama-sama dengan Barisan Alternatif bagi membawa perubahan kepada Dinasti Diktatorian yang ada, kepada sebuah Kerajaan Rakyat. Kita harus bangkit bersama atas nama bangsa Malaysia yang bernaung di bawah 'lindungan bulan-bulan BA' untuk memastikan semua kaum dan agama di negara ini menikmati layanan sama adil dan saksama.
Hindraf mulai satu langkah...
Kita juga harus melihat bahawa apa yang Hindraf lakukan ini bukannya sekadar perjuangan masyarakat India sahaja. Ianya harus dinilai dan ditamsilkan sebagai suatu cabaran bagi perubahan minda seluruh warga rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Perjuangan Hindraf seharusnya membuka mata kita untuk melihat kembali sejarah dan perjuangan nenek moyang kita dalam genangan darah dan air mata mereka.
Kita seharusnya malu untuk berjalan di atas tanah-tanah yang suatu ketika dulu 'dibanjiri' oleh darah-darah penentang penjajah yang keramatnya membawa kita menikmati hidup yang lebih baik pada hari ini. Kesenangan yang dinikmati kita membuatkan kita lupa pada 'dosa-dosa' penjajahan British yang telah membunuh Tok Janggut, Rentap, Mat Saleh, Rosli Dhobi, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi.
Sebagai pewaris, kita harus bangkit menuntut sebuah gantirugi dan bukannya sekadar laungan kemerdekaan atau watikah merdeka yang dicalit pada Perlembagaan atas nama Lord Reid iaitu sebuah nama agung dari kaum penjajah yang masih kekal dalam sejarah negara.
Hakikatnya kita juga sama-sama berhak menuntut gantirugi di atas 'rompakan', pembunuhan dan penjajahan yang dilakukan oleh kerajaan British semasa era kolonial dahulu. Isu penindasan kolonialisme bukan isu masyarakat India sahaja, ia juga isu bagi semua bangsa di negara ini yang dahulunya terpaksa melukut di tepian gantang yang di'rompak' oleh British. Ini tanah orang Melayu! kami terima semua bangsa yang hadir di tanah ini sebagai teman dan jiran, tapi kita menolak 'perhambaan' kolonialis yang menyebabkan kita menjadi susah dan menderita sejak ratusan tahun yang lalu.
Hindraf sekadar memulai sebuah langkah untuk membuka mata emprialis British dan seharusnya langkah ini bersambung dengan kebersamaan kita semua. Ini bukan isu perkauman, ianya harus diangkat sebagai soal hak dan kemanusian. Setiap kita mempunyai soladariti dan stigma pragmatik yang harus diserlahkan. Maruah dan kemerdekaan kita tidak bermakna kiranya kita membiarkan 'residen' British iaitu BN masih lagi memerintah negara. Kita harus 'menghalau' mereka dari tampuk pemerintahan negara secara demokratik dan mengembalikan semangat demokrasi untuk rakyat kepada rakyat!
Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments:
Post a Comment