Wed | Apr 09, 08 | 1:53:58 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kesibukan kepimpinan Umno dari peringkat bawah hingga ke atas merebut jawatan dalaman parti menyebabkan Umno kini tidak sempat menguruskan rakyat.
"Umno kini tak sempat nak uruskan rakyat, dan mereka kini sibuk untuk merebut jawatan lebih-lebih lagi menjelang Disember ini dimana pemilihan jawatan dalam parti adalah lebih penting kepada kepimpinan Umno berbanding masalah rakyat," kata Salahuddin ketika dihubungi Harakahdaily.
Menurutnya, PAS melihat kepincangan Umno yang terlalu menumpukan kepada soal pemilihan dalaman dan kepentingan peribadi membuatkan masyarakat muak dengan politik Umno.
Tambahnya, mereka (Umno) sanggup bergaduh, tuduh menuduh hanya kerana untuk merebut jawatan dalam parti kerana ianya akan membawa hasil yang lumayan kepada mereka yang menang.
"Hal masyarakat tidak lagi diutamakan menyebabkan rakyat kini hidup susah," ujarnya.
Umno katanya, tidak lagi membela nasib Melayu, apatah lagi Islam, justeru orang Melayu Islam perlu mengubah pendirian politik mereka dan bersama PAS menersukan kelangsungan perjuangan rakyat
.
Namun dalam keadaan ini pemimpin Umno sejak dahulu lagi tidak pernah mengakui kesilapan mereka, malah apabila ditimpa kekalahan atau kegincangan dalam parti pihak lain pula dipersalahkan.
Paling berat katanya, Umno yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi hari ini sukar menerima kekalahan dan mengakui kesilapan mereka.
Kata Salahuddin, sikap Abdullah ini akhirnya memualkan pemimpin veteran seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara terang mendesak Abdullah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya lalu.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13808&Itemid=28
Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.
No comments:
Post a Comment