Oleh BHS | |
Sabtu, 05 April 2008 | |
Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) telah mengadakan seminar bertajuk 'Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia: Ke Mana Arahnya Dari Sini?' Selasa lalu. Empat pemerhati politik dari sebarang Tambak telah diundang untuk mengolah isu tersebut dan isu-isu yang berkaitan dengannya, termasuk prospek masa depan hubungan antara rakyat dengan kerajaan Malaysia. DARWIS SAID melaporkan. DASAR Ekonomi Baru (DEB) Malaysia dengan dua matlamat kembarnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur sosial negara itu gagal dalam pelaksanaannya. Ini sedang DEB mula melangkah masuk ke era 1990-an, kata satu panel pengamat politik dari Malaysia. 'Saya fikir jika anda melihat ke arah asal-usul dan falsafah serta teori di sebalik DEB, ia pertama sekali adalah untuk membasmi kemiskinan pada semua lapisan (masyarakat).
'Dan, itu antara perkara yang mahu dibasmi DEB, selain mengambil balik penguasaan asing dalam ekonomi Malaysia... 13 tahun selepas Malaysia merdeka,' jelas pakar runding Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) itu lagi. '(Namun) bagaimana ia dilaksanakan sejak itu menjadi bahan perdebatan hingga sekarang,' tegas beliau. Menurutnya, walaupun DEB telah dihentikan secara rasmi pada 1990, ia masih menjadi 'frasa politik' dan sering digunakan Umno sebagai 'cara mengekalkan kuasa Umno', selain 'helah untuk mengagihkan apa yang perlu diagihkan dalam dunia komersial di kalangan mereka yang berbaikbaik dengan pemegang kuasa'. 'Walaupun ia sepatutnya bertujuan membasmi kemiskinan dan melenyapkan perbezaan kelas dan perkauman, (tetapi) perlaksanaannya kelihatan seperti menambahkannya (perbezaan itu) lagi,' tegas Encik Tawfik. Itu sebab Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya 8 Mac lalu - bukan sahaja di kawasan bandar, malah juga di luar bandar, tambahnya. 'Ia kelihatan seperti menunjukkan adanya rasa tidak puas bahawa kerajaan tidak melakukan yang mencukupi, atau bahawa ia belum melakukan sesuatu terhadap golongan orang tertentu,' katanya. Encik Tawfik, adalah salah satu daripada empat anggota panel pakar yang diundang Iseas dalam seminarnya bertajuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia:
Anggota panel lain terdiri daripada Datuk Din Marican, Pengarah Program Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim; Encik Khoo Kay Peng, pengamat politik bebas dan Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Kajian Sosioekonomi (Sedar) Malaysia; dan Encik Wong Chin Huat, seorang pensyarah kewartawanan dari Sekolah Sastera dan Sains, Universiti Monash (Sunway) di Malaysia. Bagi Datuk Din, era gemilang DEB, yang mendapat sambutan awam, sudah berlalu selepas 1990. 'Selepas 1990, keadaan sudah berubah... Jadi, kami fikir, sudah tiba masanya (dengan penuh kejujuran) bahawa dasar itu telah menggagalkan kita, ia melemahkan negara, dan kita masih lagi keterbelakang,' kata beliau. Berdasarkan latar belakang itu, menurutnya, PKR telah melakarkan Agenda Ekonomi Malaysia (MEA) bagi menyediakan alternatif baru yang tidak didasarkan atas kriteria perkauman. 'Maka, parti saya menolak DEB sebagaimana ia dilaksanakan sekarang. Dan menawarkan satu agenda alternatif dan mendapat mandat rakyat Malaysia,' kata Datuk Din. Encik Wong pula menyifatkan DEB sebagai 'ubat yang salah' bagi tujuan yang betul. 'Kami maklum bahawa ketidakseimbangan antara kaum dari segi pekerjaan, kekayaan dan pendidikan adalah terlalu berat untuk ditanggung oleh sebuah negara yang baru,' kata beliau. Namun, Encik Wong berpendapat bahawa masalah membasmi kemiskinan boleh diatasi melalui 'sebuah negara kebajikan' atau welfare state, manakala isu penyusunan semula masyarakat boleh dicapai melalui penyusunan semula pekerajaan dan mewujudkan pusat pertumbuhan baru di beberapa wilayah - bukan melalui penyusunan semula pemilikan ekuiti. 'Bagaimanakah dengan penyaluran pemilikan ekuiti sebanyak 30 peratus kepada kaum Bumiputera boleh membantu orang-orang Melayu miskin yang menghadapi masalah kebuluran di Baling, Kedah, misalnya?' tanya Encik Wong, sambil menambah DEB seolaholah membuat andaian bahawa kaum Melayu yang kaya akan menyalurkan hartanya kepada golongan miskin di kalangan mereka. 'Bagi memastikan adanya golongan peniaga berjaya dan mewah di kalangan Bumiputera, anda perlu memilih mereka yang paling cekap. '(Namun) bagi memastikan pendapatan yang diraih orang Melayu kaya akan disalurkan kepada mereka yang miskin, anda pula harus memilih mereka yang bersifat kemasyarakatan, bukan setakat yang paling cekap,' jelasnya. Jika kedua-dua ciri itu tidak wujud, atau salah satu sahaja yang ditekankan, maka 'anda mengorbankan pertumbuhan ekonomi, dan pada masa yang sama, anda akan mewarisi ketidakseimbangan yang serius dalam kaum anda sendiri', jelas Encik Wong lagi. 'Itulah gambaran yang ada sekarang di Malaysia,' tambahnya. Encik Khoo pula menganjurkan agar dibasmikan 'penyalahgunaan DEB' dan layanan istimewa yang berdasarkan kaum. 'Kita harus menghentikan penggunaan DEB untuk mendalamkan dan mengukuhkan lagi hegemoni politik. 'Ini amat genting dalam era Tun Dr Mahathir (Mohamad), dan turut digunakan secara wewenang dalam era (kerajaan) baru ini kerana setiap satu daripada mereka mahu meninggalkan warisannya sendiri,' kata beliau. Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia
Sekilas sejarah DEB
Kesan dan Isu |
http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=982&Itemid=84
Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.
No comments:
Post a Comment