Oleh Harakahdaily | |
Isnin, 07 April 2008 | |
Barisan Nasional (BN) bukan saja gagal merampas Kelantan daripada PAS, tetapi hilang empat lagi negeri ke tangan pakatan parti-parti pembangkang. Itu sudah cukup memeningkan kepala Abdullah. Tambah mengusutkan keadaan, BN turut hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Keadaan itu belum pernah dialami kerajaan pemerintah atas nama BN. Kali terakhir ia berlaku ialah kepada kerajaan Perikatan pada Pilihan Raya Umum 1969 lalu. Namun, apakah yang lebih memalukan seorang Perdana Menteri selain tawarannya melantik anggota kabinet ditolak oleh ahli partinya sendiri? Belum pernah berlaku dalam sejarah pembentukan kabinet BN, dua Ahli Parlimennya yang dinamakan sebagai timbalan menteri menolak pelantikan mereka. Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar. Rakan sejawatnya Ahli Parlimen Kimanis, Dato' Anifah Aman pula menolak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan. Kedua-dua mereka dilaporkan menemui Abdullah pada petang sama Perdana Menteri mengumumkan senarai kabinet barunya, 18 Mac lalu. Serba-serba bagaikan tidak menjadi buat Abdullah. Tindakan nekadnya menggugurkan beberapa menteri kabinet yang berjaya mempertahankan kerusi ditandingi mereka dalam pilihan raya bulan lalu bagaikan tidak dihargai. Percaturannya dalam menyusun anak-anak buahnya mendapat tentangan pelbagai pihak, sama ada yang menjadi mangsa pengguguran mahu pun pihak yang tidak berpuas hati dengan jawatan ditawarkan. Ada lagi yang lebih memeningkan Abdullah. Anak-anak buahnya di Sabah dan Sarawak dikatakan turut tidak berpuashati meskipun telah diberikan sejumlah jawatan menteri penuh dan timbalan menteri. Kedua-dua negeri dikatakan mengambil kesempatan atas keadaan terdesak BN Pusat yang sangat bimbangkan kesetiaan mereka kini. Mereka didesas-desuskan akan meninggalkan BN dan menyertai pembangkang. Justeru, Abdullah terpaksa memujuk mereka agar terus setia. Mereka pula menuntut bayaran lebih besar atas kesetiaan mereka menjamin kelangsungan kerajaan Pusat. Mereka bukan sahaja menuntut diberikan lebih banyak kuota dalam kabinet, malah turut mengemukakan beberapa tuntutan lain. Dalam keadaan tercari-cari satu pasukan yang mantap dan kuat untuk menghadapi keadaan segenting kini, Abdullah dapati timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak banyak membantu. Sebaliknya, Najib lebih banyak membisu, termasuk terhadap tuntutan agar Abdullah mengundurkan diri daripada kepimpinan parti dan kerajaan. Di masa sama, kumpulan demi kumpulan ahli partinya tampil mendesak Abdullah meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno. Malah, ada yang mahukan jawatan itu dipertandingkan secara terbuka, tanpa perlu ada prasyarat kuota pencalonannya. Telah banyak ulasan dan komen Abdullah tentang cabaran ahli-ahlinya sendiri agar beliau memberikan laluan kepada tokoh lain pula memimpin parti dan kerajaan. Ada ketika beliau mempertahankan pendiriannya untuk terus kekal. Di ketika lain, beliau menganggap desakan terhadapnya agar mengundurkan diri sebagai tidak wajar, sedangkan partinya masih kukuh dan dapat memerintah dengan baik. Namun nampak benar Abdullah tidak begitu berwibawa dalam menepis serangan orang terhadapnya. Hujah dikemukakannya tidak kukuh, susun atur ayatnya juga tidak boleh memulangkan paku buah keras kepada penentangnya. Media elektronik malam tadi (Ahad) sekali lagi menyiarkan komen spontan Abdullah terhadap desakan tersebut. Beliau antara lain mengulas usaha semakin rancak oleh Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mencabarnya untuk jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti hujung tahun ini. Alasan diberikan Abdullah untuk menidakkan keupayaan Ku Li menerajui Umno sangat dangkal. Beliau mengatakan selama ini anak raja Kelantan itu tidak memberikan apa-apa sumbangan untuk mengembalikan Kelantan kepada BN. Dengan hujah itu, Abdullah jelas sekali terikut-ikut hujah sama yang pernah dilontarkan anak-anak buahnya sebelum ini, bahawa daripada sibuk merawat parti di peringkat nasional, adalah lebih baik Ku Li terlebih dahulu buktikan keupayaannya merawat BN di Kelantan. Tidak dinafikan sepintas lalu, hujah itu ada kewajarannya. Bagaimana mungkin seorang pemimpin menawarkan diri menerajui parti di peringkat nasional jika kepimpinan parti di peringkat negerinya sendiri pun beliau gagal kuasai? Apatah lagi, dalam membuktikan keupayaannya memimpin parti ke arah kejayaan, Ku Li boleh dikatakan gagal apabila Umno/BN kalah teruk di negerinya sendiri, Kelantan dalam pilihan raya umum lalu. Namun, tidakkah kita terfikir bahawa dengan mengemukakan hujah itu sebagai senjata utama mematahkan serangan Ku Li, Abdullah sebenarnya turut mendedahkan dirinya kepada peluru yang sama? Bukankah negeri Abdullah sendiri, Pulau Pinang juga gagal dipertahankan BN? Bahkan, jika dari segi perkiraan politiknya, kegagalan Abdullah mempertahankan Pulau Pinang boleh dianggap lebih besar dan lebih memalukan berbanding kegagalan Ku Li menawan semula Kelantan. Dalam parti, Abdullah adalah presiden. Dalam kerajaan, dia adalah Perdana Menteri. Sebagai perbandingan, apa yang ada pada Ku Li dalam parti dan kerajaan? Secara tradisi pula, kekuatan PAS di Kelantan bukan tandingan BN. Kelantan telah diperintah PAS sejak pilihan raya umum pertama selepas merdeka hingga 1978. Era keduanya bermula 1990 hingga sekarang. Isu bagi Ku Li di Kelantan ialah merampas negeri itu yang telah menjadi milik orang sejak sekian lama. Ia bukan suatu kerja yang mudah. Ada pun Pulau Pinang, ia diperintah BN sejak 1971, apabila Parti Gerakan yang menang pada 1969 meyertai BN. Sebelum itu pun sejak merdeka lagi ia telah diperintah BN (atas nama Perikatan) sehingga pilihan raya 1969 itu. Kes Pulau Pinang ialah kejatuhan atau kehilangan kerajaan yang elok-elok diperintah BN. Sedangkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri adalah Abdullah sendiri. Kita bukan hendak menyebelahi Ku Li. Bagi kita pembangkang, siapa saja pun menjadi Presiden Umno, dia tidak akan memberikan kebaikan secara mudah kepada pembangkang. Namun, dalam nilaian politik kita, Perdana Menteri yang ada kini sudah semakin menyerlahkan ketidakwibawaannya untuk terus memimpin negara. Barangkali tepat sebagaimana disuarakan banyak pihak, bahawa sudah sampai masanya untuk Abdullah berundur dari parti dan kerajaan! |
http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=998&Itemid=84
Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.
1 comment:
Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !
Contributed by Anak Mami
Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia
Dear Devotees,
Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK (MCA chairman Gombak) due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.
When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK(MCA Man) came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.
Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK(MCA chairman Gombak) is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?
I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.
I told to the inspector of the again, I am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.
Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?
Yours in Dhamma
Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia
Post a Comment