Oleh Rustam A Sani | |
Khamis, 03 April 2008 | |
SEJAK akhir-akhir ini semua orang tampaknya ghairah berbicara tentang “tsunami” politik yang melanda Umno sebagai kesan PRU12 yang berlangsung pada 8 Mac lalu. Pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno bukan sahaja kehilangan majoriti dua-pertiganya di Parlimen, malah telah terlepas genggaman kuasanya di lima buah negeri utama di Semenanjung Malaysia. Mahathir yang sepatutnya bertanggungjawab bagi kekalahan besar ketika itu terus sahaja bertebal muka terhadap kritikan rakyat, dan terus berhasrat dan bertindak untuk memulihkan Umno Bagi saya, hakikat tsunami politik yang melanda Umno ini merupakan suatu realiti, bukan khayalan lagi. Malah banyak pemerhati dalam dan luar negara sudah mulai melihat pemimpin de facto gerakan pembangkang, yakni Anwar Ibrahim, sudah menyendalkan sebelah kakinya di pintu kuasa! Tsunami sejak PRU10 lagi
Mahathir yang sepatutnya bertanggungjawab bagi kekalahan besar ketika itu terus sahaja bertebal muka terhadap kritikan rakyat, dan terus berhasrat dan bertindak untuk memulihkan Umno. Namun usahanya itu gagal, dan dia sedar tentang kegagalannya itu. Dia cukup yakin bahawa kekalahan Umno/BN akan menjadi lebih parah lagi jika dia terus memimpin parti itu pada PRU berikutnya (2004). Dalam strategi untuk memelihara egonya, Mahathir memutuskan untuk menarik diri sebelum pilihanraya tersebut. Dia memilih Abdullah Badawi sebagai penggantinya kerana dua sebab: UNTUK memastikan bahawa kuasa akan beralih kepada seseorang yang diketahui merupakan musuh politik ketat Anwar Ibrahim, dan dengan itu memastikan bahawa Anwar yang telah dizaliminya itu akan terus merengkok di tempatnya. DIA tahu bahawa seorang pemimpin yang tidak berkebolehan seperti Abdullah tidak akan dapat melahirkan pemerintahan dan kepimpinan yang lebih baik daripada dirinya sendiri – dan dengan itu akan menyelamatkan “legacy” Mahathir dalam sejarah politik negara ini. Demikianlah: Umno yang telah dilanda tsunami sejak tahun 1999 itu tidak mampu diselamatkan Mahathir, yang dengan sedar dan sengaja menyerahkan pimpinannya kepada seorang pemimpin yang amat lemah (supaya dirinya sendiri akan kelihatan hebat dan mantap di mata rakyat). Di luar jangkaan Mahathir sendiri, Umno/BN di bawah pimpinan Abdullah mencapai kejayaan besar pada PRU11, malah memperoleh mandat yang paling besar pernah diperolehi dalam sejarah pilihanraya negara ini. Jika kita mengkaji PRU11 itu dengan saksama, maka jelaslah bahawa Abdullah tidak menyertainya atas janji dan manifesto seorang penerus Mahathir – tetapi sebagai pengganti Mahathir, termasuklah menghapuskan pelbagai “dosa” Mahathir seperti korupsi, kronisme dan penindasan hak asasi rakyat dan demokrasi. PRU11: Kehadiran Abdullah dan harapan palsu Suatu penyelesaian yang tuntas terhadap kebobrokan Umno yang terserlah dalam PRU10 masih tidak dapat diselesaikan hingga tuntas – kerana para pemimpin Umno terlalu bankrap dan cetek dari segi kemampuan cendekia dan wawasan politik untuk menyelesaikannya. Namun kehadiran Abdullah sebagai seorang pemimpin baru (ditumpang pula oleh citra palsunya sebagai “Mr Clean”) sekurangnya-kurang telah menawarkan suatu harapan – kalau tidakpun suatu penyelesaian yang sebenarnya. Rakyat sanggup mengambil risiko, dan sebagai kesannya Abdullah mendapat mandat besar. Abdullah tidak menyertainya atas janji dan manifesto seorang penerus Mahathir – tetapi sebagai pengganti Mahathir, termasuklah menghapuskan pelbagai “dosa” Mahathir seperti korupsi, kronisme dan penindasan hak asasi rakyat dan demokrasi. Namun setelah memperoleh kedudukan dan kuasa, kemampuan sebenar Abdullah dari segi cendekia dan kepimpinan mulailah terserlah. Ternyata bahawa beliau sekadar seorang pentadbir, bukan seorang pemikir jitu lagi berwawasan. Oleh itu pendekatannya hanyalah pendekatan “business as ususal” dan “muddling through”. Dia sekadar bertolak dari pangkalan yang telah dibina Mahathir selama tiga dekad pemerintahannya yang bersifat illiberal itu, dan tidak membina landasan baru untuk pemerintahannya sendiri. Oleh itu, kemungkaran dan kebobrokan zaman Mahathir itu tidak mampu dihapuskan dan diselesaikan – malah diteruskan dalam bentuk khusus peribadinya sendiri pula. Malah dalam aspek-aspek tertentu, zaman Abdullah lebih buruk dari zaman Mahathir yang telah ditolak rakyat dalam PRU10 itu. “business as usual” Dilihat dari perspektif ini, tsunami pasca PRU12 itu sebenarnya merupakan penerusan (atau arus balik) kepada tsunami yang sebenarnya sudah tercetus sejak PRU10. Namun kesan kemusnahan tsunami awal itu telah tertangguh sejenak kerana kesediaan rakyat untuk membenarkan Abdullah melaksanakan pembaruan dan reformasi terhadap Umno. Kini ternyata bahawa Abdullah selama satu penggal pemerintahannya telah gagal melaksanakan pembaruan terhadap negara maupun Umno seperti yang telah diamanahkan lewat hasil PRU11. Dan melalui PRU12 tsunami itu melanda kembali, dan Umno menanggung musibah yang lebih buruk daripada yang dialaminya pada PRU10. Dan kini parti itu tidak sekadar dalam keadaan kucar-kacir dan hilang tujuan – malah sedang mengalami trauma yang agak parah juga. Sekurang-kurangnya Mahathir selepas PRU10 telah berjanji untuk memulihkan Umno, antara lain dengan mengurangkan bebannya sebagai PM dan memperbanyakkan peranannya di ibu pejabat Umno – suatu janji yang tidak pernah dilaksanakannya. Abdullah dalam kerangka pemikiran “business as usual” itu tidakpun mampu menjanjikan usaha memulihkan Umno seperti yang pernah dijanjikan Mahathir. Hasrat untuk “menyelamatkan Umno” sejak akhir-akhir ini kelihatannya datang dari sekumpulan pemimpin tua (spent force) yang sudah pasti tidak akan mampu meremajakan parti itu. Sebagai sebuah parti yang telah menjadi lesu dan tua oleh rutin memerintah selama setengah abad, Umno hari ini amat perlu dirombak (retool) atau diremajakan demi menghadapi zaman dan era politik baru Malaysia yang sudah amat berbeza. Sayangnya dalam batang tubuh Umno hari ini (dan ini termasuklah di kalangan para pemimpinnya) tidaklah terdapat seberang kemampuan dan kejituan yang bersifat cendekia (yakni kemampuan berfikir) untuk memahami masalah sebenar Umno dan negara – dan dengan itu merencanakan penyelesaiannya. Usaha selamatkan Umno dari pemimpin tua Hasrat untuk “menyelamatkan Umno” sejak akhir-akhir ini kelihatannya datang dari sekumpulan pemimpin tua (spent force) yang sudah pasti tidak akan mampu meremajakan parti itu. Tokoh seperti Ku Li –dengan disokong oleh beberapa pemimpin lama seperti Mahathir Mohamad, Sanusi Junid, Rafidah Aziz – memang mampu mengambil alih kedudukan Abdullah tetapi tidak akan meremajakan pemikirannya. Golongan tua ini malah lebih konsevertif pemikirannya dan sudah terjebak dalam beberapa pemikiran purba Umno seperti DEB, ketuanan Melayu dan sebagainya. Para pemimpin Umno hari ini – seperti Abdullah Badawi, Najib Razak, Muhyiddin, Muhammad Muhd Taib, Ali Rustam – tidak pernah memperlihatkan sebarang kejituan cendekia dan pemikiran bagi memahami, apa lagi menyelesaikan, masalah tsunami Umno ini. Pendekatan “business as usual” dan “muddling through” Angkatan pemimpin Umno yang lebih muda – seperti Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Khir Toyo, Mukhriz Mahathir – tampaknya lebih terserlah kemampuan mereka dalam percaturan perebutan kuasa dan realpolitik daripada pemikiran dan wawasan politik. Tanpa kesegaran pemikiran di kalangan pimpinan muda maka di manakah terletaknya kemungkinan Umno menyelamatkan dirinya dari pukulan maut tsunami yang sedang melanda parti itu? mereka ini pasti tidak akan dapat menyelamatkan Umno. Rustam A Sani merupakan penganalisis politik terkenal tanahair. Rencana ini ditulis untuk tatapan pembaca KLpos.com. Bagi pihak pembaca, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rustam A Sani.- Pengarang |
http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=942&Itemid=70
Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.
No comments:
Post a Comment