Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.
Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) menyifatkan tsunami pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu adalah tidak wajar kerana setiap transformasi dilaksanakan kerajaan tidak pernah sekalipun meminggirkan kaum terbabit.
Presidennya, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, tindakan sebahagian besar kaum Cina yang memberikan undi kepada pembangkang sememangnya mendukacitakan dan memberikan impak kepada keputusan pilihan raya.
"Dari dahulu lagi, BN terbukti sentiasa bersedia membantu rakyat tanpa mengira batasan kaum tetapi mengapa apabila hari pengundian, keputusan yang mengecewakan diperoleh?
"
Oleh itu, saya rasa kajian perlu dilakukan bagi mengetahui apa yang diinginkan masyarakat Cina sehingga menyebabkan mereka gagal memberikan undi kepada BN," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ibrahim turut bersetuju supaya UMNO dan Pas bergabung menerusi satu bentuk kerjasama bagi memacu negara ke arah positif dan berlandaskan Islam.
"Pas tidak perlu bersatu dengan orang bukan Islam kerana mereka tidak faham hukum Islam dan hanya akan memastikan kepentingan politik mereka tercapai.
Sebaliknya, lebih baik Pas bersatu dengan orang Islam yang sudah pasti memperjuangkan perkara yang sama demi kebaikan semua pihak," katanya.
Sementara itu, Kimma turut menyumbang RM20,000 kepada Sirajudeen Kamal Batcha, 29, bagi membantunya melakar rekod individu pertama mencipta ukiran cermin terpanjang nama-nama Allah (Asma Ul Husna) serta Allah dan Muhammad.
Kata Sirajudeen, jika projek itu berjaya, Malaysia Book of Records akan mengiktirafnya sebagai ukiran cermin terpanjang oleh individu dalam kategori Manusia dan Pencapaian.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130509/px_28/Kimma-Tsunami-Cina-tidak-wajar#ixzz2SvZbOb2h
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment