Semua Kandungan dan Semua komen para pembaca pada blog ini bukan pandangan dan pendirian saya dan Saya tidak bertanggungjawab untuknya.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, selepas memberi undi kepada DAP dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kaum Cina sekali lagi memperlihatkan solidariti antara mereka apabila menyertai perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan kepada pakatan itu.
Malah katanya, pelbagai kain rentang yang memperlihatkan kebencian kepada BN dibawa oleh masyarakat Cina dalam perhimpunan itu selain turut melaungkan pelbagai provokasi antaranya 'ubah' dan 'reformasi' walaupun sebelum ini kaum Tionghua diketahui tidak berminat dengan perhimpunan sedemikian.
Menurutnya, mesej tersebut jelas memperlihatkan orang Cina yang menikmati segala kesenangan hasil dasar diperkenalkan BN sejak merdeka, kini sudah beralih arah kepada pembangkang demi memiliki kuasa politik.
Katanya, isyarat serta pendirian politik yang ditunjukkan masyarakat Cina pada hari pengundian Ahad lalu serta pada perhimpunan malam tadi sangat tidak baik untuk perpaduan nasional kerana golongan berkenaan kini sarat dengan sentimen perkauman, iaitu menolak pemerintah Melayu.
"Permainan politik yang dipilih masyarakat Cina ini sangat berbahaya. Mereka melihat kepada kuasa politik selepas sekian lama menguasai ekonomi sehingga sanggup membiarkan pemikiran diresapi sentimen perkauman melampau yang ditiup DAP sehingga menolak konsep sederhana yang diperjuangkan BN.
"Sebab itu saya menyeru kepada seluruh pemimpin Melayu dalam Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), ketepikan sikap ego, bersatulah dengan UMNO. Jangan kita biar perpecahan ini dimanipulasi golongan cauvinis DAP,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Malam tadi, lebih 80 peratus masyarakat Cina membanjiri Stadium MBPJ di Kelana Jaya dalam perhimpunan yang diadakan selang empat hari selepas PRU-13 bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya negara ini yang didakwa pembangkang kononnya tidak telus.
Sementara itu Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, orang Melayu perlu membuka mata serta minda mereka untuk menilai kesan daripada gerakan terancang DAP bersama masyarakat Cina jika tidak mahu kemakmuran yang dinikmati sejak sekian lama musnah.
Jelasnya, jika pemimpin serta parti politik Melayu masih lagi terperangkap dengan polemik perjuangan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup menggadai bangsa, agama dan negara, tidak mustahil perancangan licik DAP untuk menggulingkan pemerintahan BN akan tercapai pada masa depan.
"Memang masyarakat Cina sudah menolak BN dalam pilihan raya umum kali ini dan fakta tersebut jelas dengan bukti dalam bentuk statistik undi.
Pengundian berasaskan polarisasi kaum ini sangat bahaya ibarat sengaja mencurah minyak ke dalam api, apatah lagi kemudian diiring dengan perhimpunan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130510/px_11/Apakah-Cina-sudah-tolak-terus-BN-tumpu-pembangkang#ixzz2SvYPU400
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment